NASTY BUILDER

“Tanah dah ada, tapi tak tau nak panggil siapa untuk buat rumah” - bisik hati anda

Bila tak kenal pembina rumah itu, pelbagai risiko yang anda hadapi. Mari kenal dengan kami. Kami akan terangkan satu per satu apa yang anda perlukan.

Projek besar, risiko pun besar!

Ini sebab utama anda mengambil masa untuk pilih kontraktor dan designer rumah.

Kalau salah pilih, habis wang ringgit beribu-ribu. Anda pun dah pernah dengar pelbagai kisah-kisah seram tentang pembina rumah di luar sana.

Ini realiti industri pembina yang anda perlu tahu

Dalam industri ini, ada dua pihak yang anda akan jumpa. Kami labelkan sebagai pembina rumah dan designer rumah.

Pembina rumah

Dia ni lah yang bertanggungjawab untuk membina rumah anda. Ini termasuk, cari bahan-bahan binaan yang sesuai, wiring, plumbing, dan sebagainya.

Designer rumah

Pihak ini pula bertanggungjawab untuk hasilkan rupa rumah anda. Ini termasuk, floor plans, house blueprint, design 3D, dan sebagainya.
Tak ramai yang boleh design dan bina sekali. Selalunya, anda perlu upah dua-dua pihak ini. Di sini lah, masalah akan mula timbul. Sebab yang beri design lain, yang membina lain.

Selalunya, kalau design itu complex, kontraktor tidak akan mampu membinanya

Dah banyak sangat kisah di mana, pembinaan tidak ikut spec design. Alasan yang selalu kami dengar “Memang tak boleh buat macam ni.” Tapi sebenarnya, boleh.

Masalah yang kerap berlaku dengan pembina rumah lain

Merujuk repot tahunan National Consumer Complaint Centre (NCCC), aduan yang paling ketara dalam kategori pembina rumah adalah:

Kontraktor mengguna bahan-bahan murah. Hasilnya, dinding yang retak dan atap runtuh.

Kontraktor caj harga yang tinggi apabila disuruh perbaiki masalah rumah. Walaupun ia salah kontraktor dan bukan pemilik rumah tersebut.

Susah nak jumpa pembina rumah yang anda boleh percaya.

 

Itu lah sebab anda perlukan pembina rumah seperti kami

  • Kami yang design rumah anda, dan kami juga lah yang membinanya
  • Kami tidak mengguna bahan-bahan murah dan harga kami pun tak murah
  • Kami antara yang berpengalaman tinggi dalam industri pembina

Bila anda panggil Nasty Builder untuk buat rumah, anda bebas dari risiko besar

Di Nasty Builder, design dan pembinaan rumah impian anda, mendapat perhatian first-class.

Doktor, banker, dan juga business owner memilih Nasty Builder. Kenapa?

Kami design dan bina

Anda tak perlu upah secara berasingan. Apa yang anda nampak dalam design kami, kami bina mengikut spec 100%.

Fahaman dan keupayaan tinggi

Kami pernah dicabar oleh boss kami untuk bina rumah idaman isterinya dalam 3 bulan sahaja. Kalau kami tak lepas cabaran ini, takde lah kami di sini bercakap dengan anda.

Pakar dalam pembinaan design kini

Fokus kami pada membina rumah-rumah yang moden, contemporary, dan juga industrial. Setiap sudut dan struktur dibina kemas dan cantik.

Reka bentuk rumah impian anda

Impian anda dibina dengan teliti

Selesa, selamat dan mewah

Anda tak perlu buang masa lagi. Anda dah kenal Nasty Builder, dan anda tahu kami boleh buat.

Nak cuba dahulu?

Boleh cuba servis design kami dahulu. Kami akan design rumah impian anda mengikut apa yang anda idamkan, dan anda nilai lah sendiri.

Dapatkan design rumah impian anda sekarang

Nasty Builder Logo Light
Nasty Builders

Lvl 1, No. 15, Jalan Bola Jaring 13/15,
Seksyen 13, 40100 , Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© Hak Cipta Terpelihara 2021, Nasty Builders SDN BHD